Me scrolling my contact list to ajak lepak:
-Yang ni duduk jauh
-Yang ni kerja shift
-Yang ni dah kahwin
-Yang ni lepak bawa awek
-Yang ni weekend balik kg
-Yang ni takda transport
-Yang ni lost contact
-Yang ni asyik cancel last minute
-Yang ni dah ajak 20 kali tapi 20 kali busy
Rezeki yang kita tak sedar :
1) dapat tidur lena walaupun panas
2) traffic light tukar hijau tiba-tiba
3) terselamat dari excident
4) member belanja makan
5) mak ayah masih hidup
6) ada teman yang ambil berat
7) dapat duit raya walaupun dah tua
Saya merayu sangat, tak ada siapa marah kalau awak nak bawak perlahan, atau merangkak, atau mengesot pun. Serious, negara kita tak ada akta minimum speed limit.
Tapi duduk la lane paling kiri. Jangan la tercagak kat lane tengah atau lane memotong.
Sebagai mantan content moderator (tukang tapis) media sosial, aku boleh sahkan ini sahih
Bukan setakat posting only me je kami boleh tengok, post-post yang dah delete pun boleh tengok
Banyak kali dah jumpa akaun wanita berhijab tapi banyak video private tak pakai tudung.
Isu kurma dari Israel ini bukan berlaku setahun dua.
Sejak aku keluar universiti lagi dah muncul. Benda ini aktivis Palestin maklum dari dulu dan dah beri penerangan lama.
50% kurma medjoul di seluruh dunia datang dari tanah Palestin yang mana dikuasai oleh Israel.
Dalam Fiqh, kita katakan ini termasuk dalam kaedah Bai' Istijrār.
Haram hukumnya JIKA TIDAK TAHU HARGA DAN KUANTITI MAKANAN SEBELUM BAYAR. Illah dia kerana dia tidak melaksanakan satu daripada syarat-syarat ma'qud alaih...
Dalam surah Fatir, Allah menjelaskan bahawa setiap amalan yang kita lakukan untuk penyucian jiwa, kebaikannya kembali kepada diri kita sendiri
Semoga Allah membimbing kita
Group Photo APERTURE SETTINGS:
Single straight line - f/2.8
Two lines - f/3.5
Three lines - f/4
Big Group Photo- f/5.6+
Big group photo guna 2.8 - 3.5 = disaster
Focus pula orang paling depan sekali.
Apa yang keluar dari mulut seseorang sangat menggambarkan tahap imannya. Nabi kata:
ليس المؤمن بالطعان ولا اللعان ولا الفاحش ولا البذيء
“Bukanlah seorang Mukmin, orang yang suka membuka aib, melaknat, cakap lucah dan bercakap hal-hal menyakitkan hati orang.” [Riwayat al-Tirmizi]
Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya. Sabda Nabi S.A.W:
كُلُّ الْمُس��لِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ
Maksudnya: “Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564)
Salam @GrabMY,
Sila sahkan berita bahawa akaun rider ini telah digantung. Jika benar, saya akan uninstall apps Grab serta merta. Terima kasih.
https://t.co/cSOCtUORvq
Sedikit peringatan untuk diri sebelum tidur agar sentiasa meminta kepada Allāh ﷻ supaya diberikan pengakhiran yang baik, adalaah kerana saya selalu terkenang-kenangkan potongan hadith ke-4 dalam hadith 40 Al Imam An Nawawi ر��مة الله عليه ini.
Sabda Rasulullah ﷺ;