Ben Gvir to an Arab man in Jerusalem: โI am the owner of the house here, this land is for me and my mother and father, and one day I will drive you out of hereโremember that well.โ
Saya tegaskan pendirian negara bahawa kita tegas tanpa tolak ansur terhadap entiti haram Zionis Israel. Jangan ingat kita mudah dicabar sebegitu rupa seolah-olah Malaysia tidak ada maruah dan boleh dijadikan boneka. Kita ada kedaulatan dan selagi mana saya di sini, saya akan pastikan pendirian kita tidak berubah sama sekali waima sebesar mana pun ugutan!
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial selepas memaparkan seorang individu dipercayai menceroboh sebuah rumah melalui tingkap gelongsor di Taman Jaya, Bakri, Muar sekitar jam 2 pagi. Perkongsian itu turut mengingatkan penduduk sekitar supaya lebih berwaspada terhadap kejadian pecah rumah yang didakwa berlaku di kawasan berkenaan.
Seorang pengguna media sosial turut mendakwa kejadian sama bukan kes terpencil. Menurutnya, "Ni taman saya, kes ni berlaku dua hari lepas, tapi masuk hari ini ada dalam tiga buah rumah dia dah pecah masuk," sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk mengenai keselamatan kawasan perumahan tersebut.
Perkongsian itu turut menarik perhatian ramai, termasuk seorang pengguna yang menjelaskan tingkap jenis gelongsor tanpa ciri keselamatan tambahan boleh dibuka dari luar menggunakan alat seperti dawai keras atau pemutar skru.
Orang ramai disaran memasang kunci tambahan, jeriji atau penyekat pada rel tingkap bagi mengurangkan risiko kediaman menjadi sasaran pencuri. Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada rakaman tular itu berkaitan dengan mana-mana laporan polis atau tangkapan suspek.
Bersama-sama sahabat saya Datoโ Seri Utama Haji Aminuddin Harun sempena penamaan calon Pilihanraya Negeri Negeri Sembilan DUN N.32 Linggi. Insya-Allah dengan prestasi dan kerja keras yang telah ditonjolkan, saya percaya rakyat Nismilan akan terus menyokong Tok Min demi meneruskan agenda kemajuan negeri.
Saya juga sempat menyertai majlis pembukaan Legend Rock Cafe bersama warga Shah Alam. Meriah suasana dan sedap makanannya, terima kasih atas jemputan ini.
#KitaSelangor
๐ก๐ถ๐๐บ๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐๐น๐ผ๐ธ ๐๐ฎ๐ต, ๐๐ถ๐๐ผ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐น๐ธ๐ฎ๐ป ๐ง๐ผ๐ธ ๐ ๐ถ๐ป!
Melalui inisiatif Pentadbiran Tok Min sebagai MB Negeri Sembilan, golong berpendapatan rendah kini berpeluang memiliki rumah idaman dengan tawaran yang sangat berbaloi:
โโช๏ธ Harga Rumah: RM85,000
โช๏ธ Subsidi Kerajaan Negeri: RM10,000
โช๏ธ Deposit Rendah: Hanya RM3,750
โช๏ธ Pinjaman Tanpa Faedah: Bayaran bulanan serendah RM238/bulan (selama 25 tahun)!
โSebanyak 321 unit rumah telah disediakan bagi memastikan setiap keluarga dapat menikmati kediaman yang selesa, selamat, dan mampu milik.
โ"Nismilan Elok Dah, Kito Kekalkan TokMin"
Saya menyingkap kembali kisah awal berinteraksi dan berkerjasama dengan Almarhum Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi sewaktu aktif bersama ABIM dalam Majlis Perasmian Seminar Pemikiran Yusuf Al-Qaradawi dan Institut Pemikiran Al-Qaradawi di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur hari ini.
Mengimbau kenangan perjalanan panjang ini, saya menimba sedikit pengalaman yang boleh saya simpulkan bahawa sosok Al-Qaradawi sebagai pencetus perubahan atau โzeitgeistโ, penggerak atau semangat zaman yang menzahirkan keterbukaan dalam pemikiran, pendamba pembaharuan dalam menghadapi cabaran kontemporari.
Sewaktu meningkatnya semangat kebangkitan Islam pada sekitar awal 80an, Qaradawi menghantar satu risalah kepada pimpinan ABIM yang menegaskan agar ABIM mengambil jarak dari aliran keras dan kekalkan wasatiyah atau kesederhanaan. Nasihat ini bagi saya amat penting sewaktu meningkatnya semangat dan aliran pemikiran yang tidak terbuka menerima pandangan yang berbeda pada ketika itu.
Dalam mendukung pengembangan dan memperkukuh penyelidikan mengenai sumbangan Al-Qaradawi, saya umumkan sumbangan Kerajaan MADANI sebanyak RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi.
Sudah pasti secara peribadi saya amat terhutang budi kepada Al-Qaradawi sama ada dari segi idea pemikiran, dukungan moral dan persahabatan yang dibina atas asas keikhlasan. Semoga ikhtiar seperti ini akan mendapat barakah, membawa manfaat dan mencerahkan umat.
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Isu kekurangan doktor bukan perkara baharu. Bertahun-tahun kita mendengar keluhan tentang beban kerja, penempatan yang lambat dan laluan kerjaya yang tidak menentu.
โRibuan orang berhimpun untuk bersorak, meraikan bola sepak. Namun apabila berakhir, padang bersejarah ditinggalkan dalam keadaan dipenuhi sampah sarap.โ
Berita penuh https://t.co/fUTAXUdGqA
Kerajaan MADANI menyediakan bantuan tunai langsung secara konsisten khususnya kepada golongan B40 dan miskin tegar, antaranya melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Selain itu, inisiatif seperti Jualan Rahmah, bantuan pendidikan, serta pemerkasaan dana untuk institusi agama Islam dan pondok turut dilaksanakan bagi menjamin kesejahteraan dan pembangunan sahsiah masyarakat akar umbi.
Sokongan jangka pendek (contohnya tunai dan makanan) serta jangka panjang (antaranya pendidikan dan modal perniagaan) disalurkan bagi membasmi kemiskinan masyarakat secara holistik.
Dengan semangat #MadaniMembantu, 14 buah agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggerakkan pelbagai bentuk bantuan ke seluruh negara, bagi menyantuni ummat.
Sewaktu Himpunan Pondok & Sekolah Agama Perak 2026, JAWI Food Bank dan JPM (Hal Ehwal Agama) turut menyalurkan kotak bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Kita doakan Malaysia terus makmur, harmoni, dan diberkati, insya-Allah.
๐คฒ๐ฒ๐พ
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
๐ธ Aqil (Media Menteri Agama), YADIM & JAWI Food Bank
@anwaribrahim@myJAWIKL
Majlis Dirayah Hadis Sahih al-Bukhari: Cetusan Ilmu Tradisi Turath!
Luar biasa, alhamdulillah! Lebih 600 anak muda dan pencinta ilmu membanjiri Dewan Adanan Isman, Universiti Islam Selangor (UIS) seawal jam 8 pagi demi menekuni Majlis Dirayah Hadis Sahih al-Bukhari Siri 1/2026.
Program ini dibimbing khas oleh dua tokoh hadis terkemuka dunia, Sheikh Sayyid Ibrahim Khaleel Al-Bukhari (India) dan Sheikh Mustafa Abu Sulaiman An-Nadwi (Mesir).
Selepas kejayaan Majlis Samaโ Hadis, kini Dirayah Hadis pula mengambil tempat. Usaha ini penting bagi memastikan hadis difahami dengan tepat dan diamalkan mengikut manhaj ulama muktabar, sekali gus membendung risiko kefahaman ekstremis dan literal.
Menariknya, agenda membudayakan ilmu turath ini disokong penuh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim (PMX) menerusi RMK13 dan Belanjawan Negara demi melahirkan 1,000 perawi hadis menjelang 2028, insya-Allah!
Majlis ini turut diserikan dengan peluncuran buku "Jelajah Ilmiah, Menelusuri Jejak Islam Di Bumi Malabar". Jutaan terima kasih kepada YADIM, MAIWP, UIS, serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan agenda ummah ini. Ayuh kita suburkan ilmu yang sahih, moga Allah ๏ทป berkati! ๐ค
๐คฒ๐ฒ๐พ
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
๐ธ Hakim (Media Menteri Agama) & YADIM
@anwaribrahim@maiwphq@YadimOfficial
๐ก๐ถ๐๐บ๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐๐น๐ผ๐ธ ๐๐ฎ๐ต, ๐๐ถ๐๐ผ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐น๐ธ๐ฎ๐ป ๐ง๐ผ๐ธ ๐ ๐ถ๐ป!
Negeri Sembilan dibawah pentadbiran Dato' Seri Aminuddin Harun membuktikan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar bukan sekadar mencapai sasaran, tetapi mampu mengekalkannya secara konsisten.
Sejak mencapai sifar miskin tegar pada penghujung 2023, kerajaan negeri terus melaksanakan pemantauan rapi dan intervensi berasaskan data eKasih. Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang baharu dikenal pasti akan segera dibantu melalui kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan mereka keluar daripada kategori miskin tegar.
Hasilnya, Negeri Sembilan berjaya mengekalkan status sifar miskin tegar selama empat tahun berturut-turut (2023โ2026).
Kejayaan ini membuktikan bahawa dasar yang tersusun, penyelarasan yang berkesan serta tindakan pantas mampu memberikan impak sebenar kepada kesejahteraan rakyat.
๐ก๐ถ๐๐บ๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐๐น๐ผ๐ธ ๐๐ฎ๐ต, ๐๐ถ๐๐ผ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐น๐ธ๐ฎ๐ป ๐ง๐ผ๐ธ ๐ ๐ถ๐ป!
Satu lagi bukti komitmen dan rekod cemerlang di bawah pentadbiran YAB Dato' Seri Aminuddin Harun (Tok Min) dalam memastikan agenda pendidikan anak-anak Negeri Sembilan terus terbela!
โKerajaan Negeri Sembilan sentiasa memahami bahawa fasa awal melangkah kaki ke menara gading (IPT) menuntut kos persediaan yang bukan sedikit bagi sesebuah keluarga. Oleh itu, inisiatif Bantuan Kemasukan ke IPT diperkasa bagi meringankan beban kewangan sara hidup awal mahasiswa.
โ"๐๐ฏ๐ท๐ฆ๐ด๐ต๐ข๐ด๐ช ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ช๐ฅ๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ช๐ฏ๐ท๐ฆ๐ด๐ต๐ข๐ด๐ช ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ข๐ด๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ช๐ญ๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐จ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ญ๐ข๐ฏ๐จ." - ๐๐ฐ๐ฌ ๐๐ช๐ฏ.
APABILA JASA MENJADI KENANGAN
Suatu hari nanti, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi memimpin negara, rakyat mungkin akan mengingati sebuah tempoh apabila pelbagai usaha dilaksanakan bagi meringankan beban kehidupan.
Alhamdulillah, dapat bersama-sama dalam Himpunan Pondok dan Sekolah Agama Negeri Perak, sebuah medan yang menyuburkan tradisi ilmu serta memperkukuh syiar Islam di negara ini.
Kekuatan sesebuah negara tidak hanya diukur pada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan pembangunan, tetapi pada sejauh mana budaya ilmu, akhlak dan nilai terus subur dalam masyarakat. Selagi kita memuliakan majlis ilmu, memperkukuh institusi pendidikan Islam dan mengangkat martabat para ulama, selagi itulah syiar Islam akan terus berkembang.
Saya sendiri banyak mendapat bimbingan dan pandangan daripada para ilmuwan Islam negara dalam membentuk pendekatan pentadbiran yang berteraskan ihsan, keadilan dan hikmah. Saya masih ingat nasihat Datoโ Wan Zahidi Wan Teh agar menelaah Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariโah karya Imam al-Syatibi yang banyak memberi pedoman tentang fiqh perubahan, khususnya dalam mengimbangi tuntutan perubahan dengan maslahat ummah.
Pedoman itulah yang terus menjadi pegangan saya. Membina negara menuntut kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan, merangkul sebanyak mungkin kekuatan yang ada tanpa mengorbankan keamanan dan perpaduan. Perubahan mesti dilaksanakan dengan hikmah dan menurut marhalah yang sesuai.
Atas keyakinan itulah, Kerajaan MADANI akan terus memperkasa pendidikan Islam, membudayakan majlis ilmu serta memperkukuh institusi agama sebagai antara keutamaan pentadbiran. Bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang pernah dihentikan pada tahun 2003 telah kita kembalikan sebagai pengiktirafan terhadap peranannya melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan beramanah.
Sebagai bukti komitmen tersebut, saya turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta kepada sekolah pondok dan sekolah agama di seluruh Negeri Perak bagi tahun 2026, termasuk RM300,000 khusus kepada Maahad Al Ummah, Chemor.
Semoga segala ikhtiar ini terus menyuburkan tradisi ilmu, memperkukuh syiar Islam serta melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan mampu memimpin negara berteraskan nilai ihsan, amanah dan hikmah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
TEGAS MENYOKONG PINDAAN AKTA 333: PESALAH WAJAR BAYAR PAMPASAN, KEADILAN WARIS MANGSA KEMALANGAN MESTI DITEGAKKAN
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh keputusan Jemaah Menteri meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] bagi mewajibkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa kemalangan. Ketegasan Kementerian Pengangkutan dalam isu ini amat tepat: pesalah jalan raya - terutamanya pemandu mabuk dan khayal dadah; tidak boleh dibiarkan terlepas sekadar dengan hukuman penjara dan denda, sebaliknya wajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya secara kewangan demi membela nasib waris mangsa.
2. Langkah perundangan ini amat selari dengan usaha yang sedang JPM (Hal Ehwal Agama) gerakkan dalam meneliti pelaksanaan mekanisme 'diyat' (pampasan berasaskan Syariah) bersama barisan mufti dan pakar perundangan sejak 11 Februari lalu. Pihak kami sedia menyumbang kepakaran bagi memastikan penggubalan mekanisme pampasan mahkamah ini bersifat adil, kalis kelompangan (loophole), dan mampu memberikan perlindungan hak kepada keluarga mangsa yang kehilangan tempat bergantung.
3. Tragedi yang meragut nyawa mangsa kemalangan akibat kecuaian melampau seperti memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah jenayah yang tidak boleh dikompromi sama sekali. Pindaan mandatori ini menjadi amaran keras bahawa undang-undang tidak lagi akan bertoleransi dengan pembunuh di jalan raya, sekali gus memastikan keadilan buat mangsa ditegakkan dengan pantas tanpa perlu melalui proses sivil yang berlarutan.
SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
19 Julai 2026 bersamaan dengan 4 Safar 1448 Hijrah