Ia usaha keras barisan hadapan yang tidak kenal erti mengalah, agensi kerajaan yang bertungkus-lumus bekerja, dan pengorbanan rakyat yang sentiasa mematuhi arahan SOP demi memutuskan rantaian wabak Covid-19.
Tahniah diucapkan kepada YAB Dato Seri Haji Aminuddin Harun @MenteriBesarNS dan seluruh jentera Kerajaan Negeri Sembilan di atas kejayaan mencapai imuniti kelompok bermula 2 September 2021 serta peralihan ke fasa 3 Pelan Pemulihan Negara bermula 4 September 2021
Bersempena Hari Kemerdekaan ke-64 tahun ini, ayuh kita sama-sama berazam untuk menjadi negeri dan negara harmoni, sejahtera, muafakat dan bersatu-padu berganding bahu khususnya berdepan dengan cabaran serta ujian wabak COVID-19.
#PentadbirBersih#RakyatMuafakat#NegeriSejahtera
Melihat pertambahan penerima vaksin di PPV Teluk Kemang, Pejabat Parlimen Port Dickson menyumbangkan dua kerusi roda bagi memudahkan kelancaran urusan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
@anwaribrahim
Kita (Kerajaan Negeri) antaranya mencadangkan kepada agensi penguatkuasa supaya mana-mana kilang yang pekerja mereka didapati positif Covid-19 digesa agar ditutup selama 14 hari.
Cadangan ini sebagai langkah mengawal kluster industri, sekaligus memutuskan rantaian wabak Covid-19
Sebanyak 443 projek penyelenggaraan Jalan Negeri telah dianugerah kepada kontraktor secara undian. Semoga kontraktor yang terpilih dapat menggunakan peluang ini dengan cekap, jujur & amanah. Buktikan kesungguhan anda dengan memastikan projek dijalankan dengan kualiti terbaik.
JKR NS juga berjaya mendapat tempat pertama dalam prestasi kewangan MARRIS di Malaysia dengan kejayaan perbelanjaan 132%.
Kejayaan ini telah membuktikan tadbir urus kewangan yang cemerlang mampu mencorak pengurusan yang lebih berkesan serta berakauntabiliti.
Tahniah JKRNS
Kalau dah restoran dibenarkan makan dua orang semeja, dengan kedai pakaian, kosmetik dan fotografi (non-essential) dibenarkan beroperasi, then DARURAT itu untuk apa lagi tuan²?
Terima kasih di atas sikap cakna tuan, namun semuanya bergantung kepada program yang disusun. Setiap program juga sudah pasti ada matlamat dan manfaat yang tersendiri, jadi perkara ini tidak perlu dibuat perbandingan. 😊
Insha-Allah hasil yang terkumpul ini akan dibelanjakan dengan berhemah dan dipulangkan semula kepada rakyat dengan inisiatif dan insentif yang bermanfaat.
Insha-Allah hasil yang terkumpul ini akan dibelanjakan dengan berhemah dan dipulangkan semula kepada rakyat dengan inisiatif dan insentif yang bermanfaat.
Pada hemat saya, ianya lebih mudah, lebih cepat, lebih santai dan paling penting ialah lebih banyak rumah yang mampu saya singgah dengan bermotosikal..