KING MAKER?
Saya dapat video yang viral ini minggu lepas. Tentang peranan TS Rais Yatim dalam krisis takhta di N9.
Dalam hati saya berbisik, takkan la macam tu sekali. Sangat blatant apa yang dibuat. Kalau di negeri lain, Johor especially, stunt sebegini takkan diberi muka.
Allah tunjuk cash!
Sibuk sebar video tuduh PH rasuah pengundi, tapi bila kita zoom betul-betul video yang disebarkan, rupanya itu orang BN, siap tulis BN terus mantap.
Apa yang mantap? Mantap rasuah?
#barisanrasuah
Dah tahun 2026 tapi masih guna naratif sama untuk takutkan pengundi Melayu
Hakikatnya yang merosakkan orang melayu adalah kumpulan yg sama
Negeri SG4 jadi apa sekarang?
Woiii kepala bapak hang Sanusi tak payahlah nak rosakkan orang Nismilan
Nismilan elok dah
Kekal Harapan
UNJURAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI KE-16 BAGI NEGERI SEMBILAN
Setelah berserah kepada Tuhan Yang Maha Esa, berikut adalah ijtihad saya dalam mengunjurkan keputusan PRN Negeri Sembilan ke-16. Unjurannya seperti berikut:
BN (15), PN (6), PH (15)
Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan saudara-saudari di Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN.
Insya-Allah, mandat itu akan memastikan kesinambungan sebuah pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun.
Kepada Allah SWT kita berserah.
“...Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan..." (Surah al-Ma’idah: 2)
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
Biarlah orang Negeri Sembilan sendiri yang pilih dan tentukan sendiri.
Mereka ada akal fikiran dan pendirian sendiri.
Negeri Sembilan elok dah
#KekalHarapan
Baguslah ada orang PhD usahakan website penerangan mcm ni utk krisis Negeri Sembilan
Isu bukan 2 raja berebut takhta. Ni isu sorg undang ‘gila isim’ sampai merebak ke krisis takhta, krisis politik
Elok disebar2kan. Poin tersusun, senang faham.
Keputusan tidak rasmi analisa AI berdasarkan realtime data.
Keputusan berubah mengikut data terkini dan sentimen isu semasa dan perbualan di media sosial.
*Menarik sebagai rujukan akademik. Keputusan sebenar masih ditangan pengundi
Johor ke depan
Pilih HARAPAN
She’s just parroting Zionist Islamophobic talking points from Twitter and TikTok without any real critical thinking.
Dean, as always, absolutely killed it.
📌Malaysia secured RM1.14 trillion in approved investments under Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's administration
📌Malaysia's exports reached RM609.31 bln, imports totalled RM517.40 bln from January-April 2026, trade surplus doubled year-on-year to RM91.92 bln
📌Malaysia’s total trade with its major trading partners reached a record high of RM1.127 trillion from January- April 2026
-Deputy Minister of Investment, Trade and Industry Sim Tze Tzin
#BernamaNews
Kebesaran dan kemuliaan Hari Raya Aidiladha pasti merujuk kepada teladan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s atas ujian yang dihadapi, serta memperlihatkan hikmah dan rahsia Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa. Sementalahan, di sebalik ikhtiar dan usaha yang dilakukan kita dalam mendepani pelbagai cabaran yang mendatang, pasti ada pengorbanan yang harus menjadi prasyarat.
Justeru, pengorbanan yang kita lakukan hari ini punya harganya yang tersendiri dalam pelbagai perkara sama ada dalam hal ehwal pengurusan dan pengemudian ekonomi negara, bidang keilmuan dan lapangan keagamaan punya penekanan dan manifestasi masa hadapan. Lantaran itu, berkorban dalam menongkah ujian hari ini demi masa hadapan yang lebih baik ternyata menjadi rahsia Tuhan yang terdalam, demi masa depan keluarga, negara dan malah, kehidupan selepas kematian juga.
Mari bersama renungi Firman Allah SWT:
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهْدِينِ ﴿٩٩﴾ رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٠٠﴾ فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ﴿١٠١﴾ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya: Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
(Surah al-Saffat: 99-102)
Maknanya, tanpa pengorbanan hidup menjadi tidak bermakna dan gersang nilai. Sesuatu yang dikorbankan adalah sesuatu yang memang menjadi kemahuan manusia—harta, keluarga dan kedudukan. Oleh dengan itu, nilai keikhlasan dan ketakwaan seseorang dapat diukur, yakni semakin berharga sesuatu yang ia korbankan, maka semakin besar pula ketakwaan dan natijahnya.
Oleh yang demikian, hikmah menunaikan Haji merupakan antara kurniaan terbesar Ilahi kepada hamba-Nya. Kita mengenang manasik Haji sebagai salah satu rukun Islam. Haji punyai maqasid kerohanian yang tersendiri yang bertujuan memadrasahkan jiwa manusia agar lebih zuhud dan sederhana.
Tatkala berihram dengan pakaian serba putih dan kosong, kita diasuh dengan nilai kebersihan, kemurnian dan kesederhanaan. Segala busana mewah dan lencana kehormat harus ditinggalkan. Demikian juga wuquf di Arafah, suatu perhimpunan raksasa tanpa mengira tingkat diri di dalam masyarakat, darjat atau pangkat, lantas membugar rasa insaf dan tawaduk di hadapan Allah SWT. Inilah tonggak kekuatan Haji yang tidak tertandingkan, terpancar menerusi garapan yang mendalam, penghayatan dan hidupnya amalan kita.
Walhasil, atas iktibar ini saya mengajak umat Islam agar menghayati pesanan kesederhanaan yang dizahirkan dalam ibadah Haji, agar sentiasa tawaduk dan tidak terpukau dengan gemerlapan tarikan kemewahan dunia yang sementara. Jangan kita terpesong dari tujuan dan landasan kita. Dunia harus menjadi jambatan utuh ke arah negeri yang abadi dan kekal selamanya.
Akhirul kalam, saya turut mendoakan agar para jemaah yang kini berada di tanah suci beroleh Haji yang mabrur, dan semoga pulang ke tanah air dengan sejahtera.
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ
ANWAR IBRAHIM