Itu Kes Sivil, Kenyataan Akmal 'Kamu Berkuasa' Beri Mesej Yang Salah - Khoo Poay Serah Kepada Rakyat
DAP Melaka membidas tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang mendakwa kekalahannya dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ada kaitan dengan pihak berkuasa.
Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Melaka itu merupakan tindakan sivil antara individu dan bukannya pendakwaan jenayah.
Beliau menyeru semua pihak agar menghormati keputusan kehakiman tanpa mempolitikkannya, susulan perintah mahkamah yang menghendaki Dr. Akmal membayar pampasan ganti rugi dan kos sebanyak RM300,000 berhubung isu pensijilan halal.
Video: Aisar Amran
#malaysiagazette #DAP #AkmalSalleh #KhooPoayTiong
Salam takziah kepada mantan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang dikhabarkan baru kehilangan ayahanda tercinta, allahyarham Nik Ahmad Nik Hassan. Mendoakan saudara Nik dan keluarganya dikurniakan ketabahan yang tinggi saat ini, selain saya mendoakan agar ruh bapanya diberi keampunan dan diberi tempat yang sangat istimewa di sisi-Nya.
Foto: FMT
Mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Siti Zailah lekas diberi kesembuhan. Berharap YB tabah dan segera dikembalikan kekuatan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis akad nikah di Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa pengantin, Tuan Syed Abdul Rahman dan Puan Sharifah Mahani serta Tuan Awang Astillah dan Puan Zarinah atas pernikahan kedua-dua anakanda Syed Saddiq dan pasangannya Dayang Ara Nabellah.
Didoakan semoga pernikahan ini dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
Tahniah sekali lagi dan Selamat Pengantin Baru !
Pulang ke Cherok Tok Kun dengan hati yang sarat rasa sayu dan hiba, untuk bersama keluarga besar mengiringi dan menitipkan salam terakhir buat Allahyarham Idrus Ibrahim.
Terima kasih atas segala kasih, jasa dan budi yang dicurahkan buat keluarga ini sepanjang hayatmu.
Insya-Allah, kami akan terus melangkah, menguatkan hati meneruskan saki-baki kehidupan, meski kehilangan ini meninggalkan ruang yang tidak mungkin terisi.
Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan. Slayyy 💅
🇲🇾🇮🇳
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#GuruMADANI
Program MADANI Kita Lembah Pantai berjaya menarik ribuan pengunjung menerusi penyediaan pelbagai perkhidmatan terus, termasuk kaunter khidmat nasihat hal ehwal agama daripada Tabung Haji, YAPEIM, YADIM, dan MAIWP.
Penganjuran ini turut menawarkan bantuan komuniti secara percuma seperti pemeriksaan kesihatan, penukaran minyak hitam, serta topi keledar baharu demi kesejahteraan rakyat.
🤲🇲🇾
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
🎥 Aqil (Media Menteri Agama)
KERAJAAN MADANI HANTAR PASUKAN SMART KE NEPAL, KESAN DAN BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA
Kerajaan MADANI telah memutuskan untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir yang melanda Nepal.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dengan Kerajaan Nepal bagi membolehkan pasukan ini digerakkan sesegera mungkin.
Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka.
Malaysia juga akan menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta kepada Nepal bagi membantu mangsa yang terjejas serta menyokong usaha pemulihan pascabencana.
ANWAR IBRAHIM
30 Ogos 2026