@RepNancyMace Bros be out here plagiarizing rules from Shariah law and acting like Shariah is the problem.
P.s. this is a picture of a man with his daughter.
Beriya dedahkan dokumen RCI Tabung Haji lepas tu senyap.. Sudahnya yang cerita A-Z adalah Rafizi Ramli.. Menteri PH dalam kerajaan nampak sangat tak tahu apa2.. Ceplos takyah cerita la, memang bodoh..
RCI Tabung Haji: Labur RM259 juta, apa hasilnya?
Pada muka surat 138 Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji menyatakan bahawa, “Suruhanjaya telah menerima laporan daripada LTH mengenai pelaburan-pelaburannya yang bermasalah. Suruhanjaya mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat”.
Pada muka surat 139, dinyatakan, “Pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik adalah seperti berikut”:. Saya ingin merujuk kepada salah satu pelaburan tersebut yang dijelaskan di muka surat 142 laporan RCI Tabung Haji, iaitu pelaburan dalam Deru Semangat Sdn Bhd.
Dinyatakan bahawa, pada tahun 2014 dan 2015 Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu telah meluluskan untuk Tabung Haji melabur sebanyak RM526.16 juta dalam usaha sama membangunkan ladang sawit di Pahang. Ini termasuk pengambilan 55% saham dalam Deru Semangat Sdn Bhd daripada pemilik asalnya.
Daripada RM526.16 juta ini, RM231 juta adalah untuk beli 55% saham dan RM295.16 juta untuk bangunkan ladang. Bila dah tandatangan perjanjian, maka tentunya perlu dilaksanakan. Sehingga Januari 2021, Tabung Haji telah bayar RM257 juta. Sebahagiannya untuk pembelian 55% ekuiti saham dan sebahagian lagi untuk bangunkan ladang.
Namun, terdapat masalah dengan pembangunan ladang kerana pembangunan turut melibatkan aktiviti pembalakan hutan simpan.
Kemudian, nilai pelaburan yang asalnya RM257 juta telah dirosot nilai kepada RM32 juta sahaja. Jadi, labur asalnya bernilai RM257 juta cuma tinggal RM32 juta.
Akhirnya, Tabung Haji pulangkan balik saham yang telah dipegang kepada pemilik asal. Maknanya, Tabung Haji langsung dah tidak ada saham dalam Deru Semangat Sdn Bhd. Sebagai balasan, Tabung Haji tidak perlu mengeluarkan baki pelaburan lanjutan sebanyak RM258 juta.
Dinyatakan pada muka surat 143 bahawa untuk transaksi melibatkan usaha sama ini, "pembayaran keseluruhan berjumlah RM259 juta" telah disalurkan oleh Tabung Haji.
Soalan saya kepada pihak berkaitan, apa manfaat yang diperoleh Tabung Haji dan pendeposit melalui pelaburan berjumlah RM259 juta ini? Saham dalam syarikat Deru Semangat sudah tidak ada kerana telah dipulang balik kepada pemilik asal. Jadi, labur RM259 juta untuk apa?
RM259 juta ni bukan kecil.
Jumlah ini lebih besar daripada bantuan kewangan haji yang dikeluarkan oleh Tabung Haji untuk tahun 2026 iaitu sebanyak RM210 juta.
Apakah keputusan untuk melabur pada 2014 dan 2015 telah dibuat dengan melalui satu proses yang sepatutnya? Apakah due diligence telah dibuat? Jika ya, apakah telah disemak kedudukan tanah tersebut sama ada melibatkan hutan simpan atau tidak? Banyak persoalan berkaitan pelaburan ini. Oleh itu, saya amat bersetuju agar audit forensik dibuat keatas transaksi ini.
DRJ
Putrajaya
4 Ogos 2026