Setahun lalu, PAS + Bersatu + Umno bersolidariti buat Najib.
Semalam, Hakim tulis judgement sepanjang 810 pages.
Yes.. 810 mukasurat‼️
Dah macam tulis buku Lord Of The Rings.
Masih ada yg tak percaya?
Masih ada yg kesian?
Kalo takat dapat nasi lemak, xyah laa bekap.
Hari ini merupakan detik yang amat bermakna dan membahagiakan, bukan sahaja buat penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, malah menjadi bukti bahawa pentadbiran yang berteraskan nilai MADANI sentiasa mengangkat keadilan, ihsan dan martabat rakyat sebagai keutamaan.
Setelah 44 tahun menghuni penempatan sementara dalam serba keterbatasan, akhirnya kita dapat menyaksikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara sebagai langkah tuntas ke arah penyelesaian yang sekian lama dinantikan.
Ucapan saya sewaktu majlis tersebut menyentuh usaha Kerajaan yang meneliti jalan terbaik bagi merungkai permasalahan yang berlarutan sejak sekian lama dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat demi memastikan penduduk memperoleh hak serta jaminan kehidupan yang lebih teratur dan bermaruah.
Pengalaman ini mengajar kita tentang pentingnya menghormati proses perundangan serta institusi negara dan Kerajaan tetap berpegang teguh kepada prinsip bahawa hak dan kebajikan golongan yang memerlukan mesti terus dipelihara, dengan keadilan yang dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang selain memastikan agenda membela nasib golongan miskin bandar terus menjadi keutamaan.
Pembangunan yang kita laksanakan mestilah bersifat inklusif dan membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat, kerana kemajuan sebenar sesebuah negara hanya bermakna apabila tiada rakyat yang tercicir atau dipinggirkan daripada arus pembangunan.
Di majlis tersebut, saya turut mengumumkan peruntukan geran berjumlah RM1 juta bagi membantu meringankan beban penduduk rumah panjang melalui penyediaan subsidi penyelenggaraan kediaman untuk tempoh tiga tahun yang akan diuruskan DBKL sebagai sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk terus terpelihara selepas mereka berpindah ke penempatan baharu.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Tarik nafas dan baca pelan pelan.
Azlan Johar ialah Pengulas Jemputan..
J-E-M-P-U-T-A-N.
Kronologi:
-Azlan Isytihar Masuk PAS.
-SELEPAS itu dia DIJEMPUT jadi Pengulas game Brazil.
PAS ni kalo tak tunggang sume benda tak boleh ke?
https://t.co/VBoM7dnpCa
Sepanjang 2020-2024, sejumlah 19,934 pengambilan jururawat KKM, dalam masa yang sama 2,141 orang berhenti.
kalau masalah gaji, tak logik intake lagi ramai daripada yang berhenti.
tau tak sejak 2010 Kerajaan kenakan moratorium untuk program diploma in nursing sebab lambakan graduan dalam program tersebut dan moratorium baru dibatalkan dua tahun lepas (2024)?
ini antara punca kekurangan jururawat dalam KKM dengan sektor swasta.
bukan sebab nak bawak masuk jururawat Indonesia yang Menteri dengan Duta-Duta dia yang cadangkan.
Inilah bila hasil kerja tak senonoh, kita juga yang kena cuci!
Terima kasih kepada agensi kerajaan yang kumpulkan balik aset yang ditinggalkan.
Nak tak nak, saya pertahankan agar status projek masih ada.
Kita akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan dan sambung sehingga siap.
Namun, saya agak bimbang dengan beban yang bertambah bila terjadi krisis seperti ini.
Jika disiapkan lebih awal, kita boleh elakkan daripada terjebak lagi dengan krisis yang berlaku sekarang.
Cukup sekadar kekangan COVID, bila ditangguh, kita berhadapan dengan kesan krisis tenaga pula.
Insya Allah, kita bantu rakyat Kedah.
Apa yang berlaku di N9 adalah krisis adat dan hukum adat yang parah antara Undang Luak dan Yam Dipertuan Besar yang sedang bertakhta.
Malangnya ramai politikus yang spin dengan meletakkan kesalahan kepada PMX, PH dan DAP...
C&P dari https://t.co/VTtVVOzBH1
ISLAH menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Negeri Sembilan, untuk bersama-sama menzahirkan solidariti dan doa buat Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Empat indeks. Satu mesej yang sama.
Apabila kepercayaan meningkat, daya saing melonjak dan ekonomi terus kukuh, ia bukan berlaku secara kebetulan. Ia lahir daripada dasar yang konsisten, kestabilan politik dan usaha membina keyakinan pelabur serta rakyat.
Alhamdulillah, saya berkesempatan mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Republik Islam Iran, Dr Masoud Pezeshkian, bagi menyampaikan ucapan Eid Mubarak serta salam persaudaraan dan doa daripada seluruh rakyat Malaysia buat rakyat Iran.
Saya menzahirkan harapan agar Iran segera kembali aman dan segala ketegangan serta pertumpahan darah dapat dihentikan melalui jalan damai, hikmah dan diplomasi yang bertanggungjawab.
Malaysia kekal berpendirian tegas mengecam sebarang tindakan serangan dan pencerobohan termasuk yang melibatkan serangan dron serta tindakan ketenteraan Israel-Amerika Syarikat yang hanya akan terus mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa.
Saya turut merakamkan penghargaan atas dukungan serta kerjasama pihak Iran dalam membantu urusan pelepasan kapal Malaysia di Selat Hormuz tempoh hari. Sikap saling menghormati dan semangat persahabatan seperti inilah yang harus terus diperkukuh dalam hubungan antara negara.
Presiden Iran turut menyatakan penghargaan terhadap pendirian konsisten Malaysia yang menjunjung keamanan, keadilan dan prinsip kemanusiaan di pentas antarabangsa, selain mengundang saya untuk mengadakan lawatan ke Tehran bagi memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Insya-Allah, saya akan mengatur jadual untuk ke Iran pada masa yang sesuai. Iran sentiasa dekat di hati saya, apatah lagi ramai sahabat dan kenalan di sana yang terus mempertahankan nilai ilmu, persaudaraan dan perjuangan kemanusiaan sejagat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
TERKINI
KEJAYAAN BARU MISI GLOBAL SUMUD FLOTILA. TEKANAN POLITIK DAN UNDANG-UNDANG
Misi Global Sumud Flotila menyaksikan kejayaan baru bukan sahaja dalam Break The Silence
Tetapi memberi tekanan Politik kepada Israel.
Kes jenayah Israel kini difailkan di Greece, Itali dan Mahkamah Hak Asasi Eropah. Perancis menyekat Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir dan Poland mempertimbangkan perkara sama
Korea Selatan mempertimbangkan menangkap Netanyahu dan Yoav Gallant. 1,000 Ahli Parlimen dunia menandatangani Deklarasi Brussels, 48 Ahli Parlimen Kesatuan Eropah menandatangani desakan untuk memutuskan hubungan kerjasama Eropah dan Israel. Ini termasuk PM Sepanyol Pedro Sanchez yang mahu sekatan diperluaskan ke seluruh Eropah.
Hampir semua negara yang baik dengan Israel memanggil Duta Besar Israel di negara mereka atau Charge De Affairs bagi menyampaikan kutukan sehingga Menteri Luar Israel marah dengan tindakan Itamar Ben Gvir
CENTHRA Malaysia menandatangani Deklarasi Brussels membolehkan Malaysia mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa melalui proksi
Bagaimana naratif dicipta agar fitnah berjalan dengan sendirinya?
1. Chatgpt mengatakan…
2. Bapa saudara dakwa…
Untuk info, kes Zara Qairina sudah masuk inkues hari ke-72 dan masih berjalan.
Saya harap @FadhlinaComms buat laporan polis terhadap page FB ini.