Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.
Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.
Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.
𝗧𝗛𝗔𝗡𝗞 𝗬𝗢𝗨
I have run many election campaigns before. Never in any of them so many nameless people echoed the messages so loudly, yet so resoundingly beaten in the result.
For that, I owe a mountain of gratitude to the average Malaysians who supported my campaign. From the bottom of my heart, thank you so much, only Allah can repay your kindness.
I will not dwell on the outcome. I have been very transparent and vocal in sharing my concerns on numerous issues, from the change in one member one vote voting system, to the integrity of the digital voting system, to the lackadaisical efforts to resolve them.
I can understand the frustration and disillusionment of ordinary PKR members and supporters out there. It will take time to shake off the sense that many years of dedication to PKR ideals have gone to waste.
I wouldn’t be human if I didn’t feel the same, even if only momentarily. I’ve spent a good part of my adult life, nearly 27 years, to be precise, serving the party: from running the International Free Anwar Campaign, to a leadership role in the PKR Youth Wing in its early years, to writing a book explaining Anwar Ibrahim’s court case to the layperson.
I left a promising corporate career at a relatively young age, at Anwar’s request, to become his Chief of Staff at the Selangor Economic Advisory Office. To date, I have had to endure 16 court cases: 7 criminal and 9 civil defamation suits, for exposing numerous financial scandals. I have probably spent more time in court than the average lawyer. I was sentenced to three years' imprisonment (suspended) under the Official Secrets Act (OSA) for my role in exposing 1MDB.
Honestly, I don’t feel that bad. If anything, I feel a great deal of relief that I can return to living a private life, away from the shenanigans of the corridors of power.
When I joined reformasi (before PKR was even launched), I was driven by an ideal. I wanted to see the first democratic change of government because I believe in competition. I believe the public deserves the best set of people to run the government. Competition promotes merit and keeps politicians on their toes. It is an antidote to rampant corruption.
I believe in a multiracial, progressive Malaysia because we are but a small nation. Multiracialism opens our minds to competition. It allows us to learn from one another and adapt the best practices. It builds empathy and compassion. Competition prepares us to be an outstanding member of the global market. All of this can lead to prosperity and provide a much better life for many Malaysians.
I joined PKR because of the promise of this ideal. I did not join PKR for public office or ministerial positions, let alone for financial gain. I understand that Anwar Ibrahim’s fate is intertwined with PKR’s, but I believe PKR’s relevance transcends Anwar or any one personality. Leaders come and go, but the ideal endures.
I stayed in PKR for 27 years, outlasting many of the pioneers and senior members of the party, because I believe PKR is still a work in progress. We have made substantial contributions to the coming of age of Malaysians as a mature society, yet we are still far from achieving the ideal we espoused.
I have never believed that holding a government position is the only way to achieve our ideals. Society must change faster than the government in order to realize a multiracial, progressive Malaysia - a goal that remains a work in progress.
I am proud of the ordinary PKR members and supporters who have staunchly stood by this ideal throughout the campaign, even when all odds were stacked against me. There is hope after all.
Thank you for the hundreds of messages expressing support. Thank you to those who offered their prayers. I was deeply moved when a few young party members shed tears, pleading with me not to walk away from PKR despite the sting of betrayal. There is hope after all.
I have no intention of giving up on the idealistic belief that Malaysia deserves better, a belief that inadvertently drew me into activism and politics in the first place. For every problem, there are multiple solutions. For every obstacle, there are many ways to overcome it.
With more time on my hands, I am grateful that I can now spend more time with everyday Malaysians.
In the meantime, the least I can do is to respond to as many of the supportive messages I’ve received as possible.
To those who feel disappointed, all I can say is: we must trust the process. Allah knows best what is good for us.
Once again, thank you very much from the bottom of my heart.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝟮𝟰 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛
Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.
Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.
Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.
Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.
Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.
Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.
Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.
Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.
Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.
Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.
Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.
Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.
Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.
Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.
Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.
Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝟮𝟰 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
“Sheer hypocrisy”
Malaysian prime minister @anwaribrahim speaks to me about the West and Israel in a Zeteo exclusive. We talked Gaza, Hamas, China, Uyghurs, Ukraine, Trump, Islamophobia, corruption, and more.
Full interview, filmed in Kuala Lumpur: https://t.co/a3t1V8Win3
Since ramai tanye mana nak cari inspirasi ntuk design n decor. Ok jap g aku akan share link chnel youtube yg aku biasa tgk as design reference dan boleh jd inspirasi ntuk korang😁. Tpi lepas maghrib la eh aku sambung hehehehe
VAKSIN ASTRA ZENECA DAN KESAN SAMPING DARAH BEKU
Kesan sampingan yang dikatakan berkait dengan vaksin Astra Zeneca adalah kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia (VITT ).
Ia adalah penyakit di mana darah membeku bersama dengan sel darah kuning menjadi kurang. Perkara ini HANYA berlaku dalam sela masa 4 hari hingga 4 minggu selepas menerima vaksinasi. Orang ramai diminta tidak risau kerana vaksinasi terakhir AZ telah berlalu bertahun lamanya. Kes mahkamah yang diwar-warkan adalah kes yang berlaku di United Kingdom sewaktu pandemik COVID-19. Ia bukan berdasarkan kes yang berlaku baru-baru ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia pada waktu itu telah menerima laporan bahawa VITT ini boleh berlaku dalam sela masa 4 hari hingga 4 minggu selepas vaksinasi. Namun yang demikian, vaksin ini masih perlu digunakan untuk program vaksinasi kerana kadar kematian akibat COVID-19 dalam kalangan masyarakat yang tidak divaksin amat tinggi, dan ketika itu stok vaksin tidak mencukupi waktu itu. Golongan berisiko tinggi adalah golongan yang pernah mempunyai sejarah pembekuan darah sebelum ini. Golongan berisiko ini tidak dibenarkan menerima vaksin jenis Astra Zeneca. Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengeluarkan garis panduan bagi menyaring golongan yang berisiko tinggi bagi tidak menerima vaksin jenis ini, dan juga bagi pengesanan awal sekiranya kesan sampingan ini berlaku AEFI. (Boleh rujuk gambar).
Selain langkah berjaga-jaga ini, insiden kesan samping darah beku (VITT) juga sangat rendah iaitu 4 kes berlaku dalam 1 setiap juta suntikan. Jika dibandingkan dengan risiko darah beku dan platelet rendah selepas jangkitan COVID-19 itu sendiri, ia lebih selamat. Selepas jangkitan COVID-19, risiko kesan darah beku daripada jangkitan thrombotic thrombocytopenia (TT) ini adalah setinggi 165 000 kes dalam 1 juta jangkitan. Insiden darah beku di kalangan perokok pula adalah lebih tinggi iaitu hampir 1800 kes dalam 1 juta perokok. Tiada lagi kes VITT dikesan dan dilaporkan kini.
Kes serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih lagi berlaku kini TIADA KAITAN dengan vaksin kerana tiada lagi program vaksinasi menggunakan vaksin ini kebelakangan ini. Astra Zeneca vaksin juga tidak digunakan Untuk dos penggalak (Booster dose).
Serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih berlaku kini adalah disebabkan faktor risiko lain seperti merokok, masalah kolesterol, dan masalah kencing manis. Orang ramai diminta membezakan antara kesan samping darah beku (VITT) dengan masalah pembekuan darah yang lain. Kriteria diagnosa VITT mestilah ianya berlaku dalam sela masa 4 minggu selepas vaksinasi dan perlu ada nilai platelet yang rendah. Diagnosa tidak boleh dibuat dengan mata kasar tanpa pemeriksaan dan pengesahan oleh pegawai perubatan. Kita perlu berhati-hati dengan analisa fakta dan salah tafsir yang akan menyebabkan kekusutan dan kekeliruan di kalangan masyarakat.
Terima kasih Sdr @anwaribrahim dan anggota Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang menerima keperluan kerajaan campur tangan untuk menaikkan gaji melalui Dasar Gaji Progresif.
Keputusan hari ini membolehkan kementerian2 dan agensi2 bekerjasama dengan majikan dan pekerja untuk mula melaksanakan dasar ini.
2 HERO TAK DIDENDANG YG SELAMATKAN RATUSAN RIBU ‘LIVELIHOOD’ RAKYAT MALAYSIA
Hero tu adalah @NgaKorMing dan @AzalinaOthmanS
Sorg usahakan PELUANG PERTAMA dan sorg lg beri PELUANG KEDUA
PELUANG PERTAMA OLEH YB @NgaKorMing
📍Perasan tak PAS dh kurang tunggang menteri2 DAP utk dipersalahkan? Diorg ulang ratib DAP, LKS dan LGE je. Dh kurang nk petik @NgaKorMing sbb @kpkt_gov perform
📍Apa yg PERFORM nya? Diorg fokus bende senang tp bg impak kt ratusan ribu ‘livelihood’ org ramai
📍@kpkt_gov fokus tahun ni utk pertingkat-baikpulih infrastruktur awam, tingkatkan kebersihan (termasuk tandas) dan yg paling penting, menyiapkan PROJEK2 PERUMAHAN yg terbengkalai
📍Bayangkan satu projek perumahan ada dlm 500 pembeli, projek terbengkalai ada dalam 112 (tak termasuk 481 projek sakit), seramai 56,000 pembeli dah dpt dibantu
📍56,000 ni pula, ambil purata family anak sorg (3 org sekeluarga), total 168,000 ‘nyawa’
168,000 nyawa inilah yg bakal terselamat dari bebanan kewangan, tekanan hidup, masalah perceraian, masalah sosial dan mcm-mcm lagi
📍Kudo to YB @akmalnasir juga yg turun padang pastikan dlm 7 bulan ni, projek2 terbengkalai ini diteruskan dan disiapkan
PELUANG KEDUA OLEH YB @AzalinaOthmanS
📍Ada siapa2 perasan tak usaha YB @AzalinaOthmanS buat pindaan RUU Insolvensi bagi mengeluarkan hampir 20,000 org yg bankrup? Dan ia mungkin memberi PELUANG KEDUA pada ratusan ribu yg lain 😭
📍Org yg bankrupt ni? Mereka hidup tetapi serupa tak hidup. Nk kerja kerajaan tak boleh. Nk kerja professional, nk buka bisnes, nk pergi luar negara, nk beli rumah, nk beli kereta, anak2 nk buka akaun bank; semua tak boleh (susah)
Seksa tak? Seksa. Kalau kahwin dgn diorg ni, dh mcm kene pikul biawak hidup. Takde progress dlm hidup. Kalau dpt suami camni, isteri pun penat baik minta cerai
Ada yg sampai mati berstatus bankrap. Tak kira yg sampai tekanan mental hidup porak peranda
📍Jadi apa YB @AzalinaOthmanS buat? YB Menteri tambah 2 lg kategori bankrup yg boleh dilepaskan melalui pengeluaran sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) tanpa melalui bantahan pemiutang dgn memenuhi syarat yg ditetapkan
📍Ada juga penambahbaikan utk org-org muda seperti Automatic Discharge selepas 3 tahun dgn membuat permohonan pada KPI yg sebelum ini perlukan 5 tahun atau permohonan dari mahkamah 👏👏
📍Apabila golongan-golongan muda ini bankrupt, Malaysia sendiri kerugian ‘human capital’ yg berpotensi untuk memacu ekonomi negara
📍Rugi? Ya rugi banyak. Malah mereka juga mungkin terperangkap dlm golongan B40 atau yg perlu dibantu dek ketidakmampuan pendapatan. Loss-loss. Takde win-win pun
📍Usaha-usaha sebeginilah, baru ada MADANI. Cukup elemen ihsan tetapi tak ketepikan kemampanan dan ‘empathy’
📍Ingat, golongan bankrupt ini, statistik nya, paling ramai adalah org Melayu! Dan lelaki 😌
📍Jadi beringatlah lagi-lagi golongan muda. Jangan terikut FOMO. Org beli Porsche, kau pun nk tiru. Org swipe kad kredit puluh ribu g bercuti, kau pun swipe skali. Ukurlah baju di badan sendiri. Guna akal, bukan nafsu
📍Terima kasih di atas restu YB Perdana Menteri @anwaribrahim kerana menyokong usaha baik ini. Alang-alang, mohon juga PMX utk ‘empower’kan Menteri Undang-Undang ni jadi satu kementerian asing dari PMO, ada bajet sendiri supaya boleh keje lagi laju 🫡
Ini byk usaha-usaha baik dilakukan oleh @AzalinaOthmanS tapi sayup-sayup bawah rumah je dengar
.
.
Buat rakyat marhaen, fikir-fikirkan lah. Jika skrg kita dpt menteri PN-PAS dan PM @MuhyiddinYassin, adakah mereka ada political will utk beri PELUANG PERTAMA dan PELUANG KEDUA kepada rakyat?
Atau hanya business as usual? 😌
Ini baru 12 bulan pertama. Next 36-60 bulan, ada 2 hero lagi yg WAJIB didendang dan bakal beri lebih impak kepada negara 💪
Gadis muda ambil kursus Kimpalan yg majoriti diisi golongan lelaki.
Bidang TVET ini tidak kenal jantina,
jika anda ada keyakinan & keazaman tinggi.
Tahniah adik Suhaila dari Kedah yg sedang dalam latihan kimpalan di ADTEC Shah Alam.
Inspirasi buat gadis muda di luar sana
Kenyataan Media bersama saya dengan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Ikuti kenyataan penuh dibawah.
#MalaysiaMADANI
Seramai 75 orang anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia akan digerakkan ke Turkiye malam ini menerusi penerbangan Turkish Alirlines dengan membawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan di dalam operasi SAR - @mynadma#BernamaRadio#UntukAnda
Saya ingin berkongsi berberapa fakta yg mungkin terlepas pandang oleh para agamawan tatkala mengeluarkan fatwa mengenai PrEP.
Semuga sifat ar-Rahman,
Asma ul Husna yg paling unggul tercuit dijiwa semua dr -dai’e-agamawan didalam menangani bab PrEP
https://t.co/lU8mz18YtX