Alhamdulillah di Bintulu tadi, saya telah umumkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter bermula Julai ini. Penurunan harga diesel ini akan dilaksanakan secara seragam di seluruh negara melalui penggunaan MyKad.
Tatkala dunia masih bergelut dengan krisis bekalan global, Kerajaan MADANI memilih untuk memastikan hasil reformasi, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara dipulangkan semula kepada rakyat melalui penurunan harga diesel bersubsidi ini, di samping mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter.
Insya-Allah, Menteri Kewangan II akan memaklumkan perincian mengenai pelaksanaan subsidi diesel ini esok.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Saya dan Azizah hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.
Di bawah naungan Tuanku, negara terus melangkah dengan penuh tertib dan keyakinan, berpaksikan prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Kerajaan MADANI tertegak dan kukuh dengan kesetiaan dan perpaduan rakyat yang rata-rata dipupuk semangat serta tekad untuk membina negara meski berdepan badai akibat Perang Teluk dan tempiasan kegawatan ekonomi.
Insya-Allah, prakarsa bagi menjamin pengagihan adil kepada semua negeri dan wilayah; terutamanya kalangan miskin dan terpinggir akan terus diperhebat dengan panduan dan naungan Tuanku.
Patik mewakili Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat menjunjung kasih atas pemerintahan Seri Paduka Baginda yang bijaksana, dan yang sentiasa menjadi lambang penyatuan dan keluhuran negara.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Larangan eksport pasir sungai ke luar negara adalah polisi Kerajaan Pusat di zaman Tun M tahun 2019.
Tun M betul bab ini! ✅
Sebab tu mai TSMY, DSIS, PMX jadi PM pun mereka teruskan polisi ni.
Sebab apa Tun M tak benarkan eksport pasir?
Satu - 8 buah kg tepi Sungai Pahang terjejas teruk dgn hakisan & komuniti nelayan sungai pula mengadu punca rezeki mereka berkurangan.
Kedua - Tun M pantang dgn polisi Singapore nak beli pasir Malaysia utk aktiviti besarkan pulau.
MGPerak: Anak Pekerja Kilang Peroleh SPM 9A Berazam Ubah Kehidupan Keluarga Lebih Senang
Mahu mengubah nasib keluarga menjadi pembakar semangat buat Wan Aleya Batrisyia Meor Ruslan, 18 apabila berjaya memperoleh keputusan pelajar cemerlang dengan meraih 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, bapa dan ibunya, Suziana Harun, 44, dan Meor Ruslan Ismail menyara keluarga dengan bekerja di sebuah kilang di Meru dan menyewa sebuah rumah di Halaman Meru Damai, di sini sejak 19 tahun lalu.
Wan Aleya berkata, kehidupan sederhana keluarganya menjadi dorongan utama untuk dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi mengubah masa depan keluarga. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #SPM2025
Video: Syakir Yusof
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita memperkukuh kebersamaan, menghargai peranan setiap anggota pasukan, serta terus memupuk dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah kepada rakyat dan negara.
(1/3)
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran sepenuhnya kepada Allah SWT atas peluang untuk bertemu kembali bulan Ramadan yang mulia dan dirindui umat.
Daripada Talhah bin Ubaidillah RA, Rasulullah SAW berdoa apabila melihat anak bulan Ramadhan.
اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ
Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”
Tuntutan ibadah puasa dan segala amalan lain dalam Ramadan bukan semata-mata memenuhi syarat dan rukun, namun lebih daripada itu adalah mencapai matlamat hikmah dan objektif syariat ini.
Puncak kenikmatan disebalik amalan ini adalah pencapaian takwa yang harus dilaksanakan dengan ibadah puasa melalui proses tarbiyah pembentukan watak, berakar kepada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin yang dibangkitkan oleh rasa takut kepada Allah SWT.
Sehubungan itu, motivasi dalam melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan harus didorong dengan semangat mujahadah yang bukan sahaja mengapai cita-cita ukhrawi tetapi pada masa yang sama akan meningkatkan disiplin kendiri, keinginan berkerja dengan sepenuh hati dalam tugas serta tanggungjawab harian.
Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya : “ Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya ”.
[al-‘Ankabut : 69]
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Oh! Azizah versi Merci Jannisari.
Persembahan khusus utk PM @anwaribrahim dan @drwanazizah
Steady Türkiye!
Terima kaseh Presiden @RTErdogan dan Emine Erdogan.
Kredit Insta Story Anwar Ibrahim.
"Orang yang biasa dengan rasuah, tak mungkin menerima kita dengan baik." - PM @anwaribrahim
Jalan reformasi bukan mudah. Bila kita lawan rasuah dan betulkan sistem, pasti ada yang tak senang duduk. Tapi itu cabaran yang mesti ditempuh demi masa depan negara. Teruskan istiqamah! ✊
#reformasi #partikeadilanrakyat #anwaribrahim #keadilanuntuksemua
Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sambil menyembah maklum perkembangan semasa negara.
Alhamdulillah, saya turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat.
Mendoakan semoga Baginda Tuanku dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta berada dalam lindungan Allah SWT.
Foto: RPO
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja