I have to give credits where it is due la. 2x dia meeting dengan Trump, 2x dia sebut pasal Gaza.
Semalam dan pagi ni.
Kita cuma ada kuasa untuk “runding” dan “bersuara” saja. We can’t fight them. Untuk sesiapa cakap why we invite Trump? Tolonglah azan kt telinga depa. Trump nak mai, takkan kita takmau bagi mai?
And we hosted the ASEAN. And we have diplomatic relations dengan USA.
Kalau kita takdak apa dengan USA, boleh ke Anwar nak cakap pasal Gaza kt Trump? Kalau kita nak cut ties dengan USA, berapa billion investment yg bakal kita loss? Come on la. Ampa kerja kilang pun company US. Kalau bukan company US sekalipun, kilang tu supply barang kt US. 😂😂😂
Sedih sungguh jadi netizen Malaysia. Semua benda tak complete research.
Tau maki saja. 😩😩😩
Tau la sayang Palestine, sayangkan Gaza, sayangkan saudara kita kt sana. Aku pun sama. Tapi kita ada keluarga disini, ada tanah air, ada ekonomi disini, kita wajib pertahankan disini dahulu.
Baru kita boleh perjuangkan yg ada disana.
Semoga Malaysia terus aman dan makmur!
Sebenarnya kalau korang nak tahu
Semua 3 Kuasa Besar Dunia ada Dosa masing masing
US- Sokong Israel. Bagi senjata kat Israel bunuh orang Gaza. Bunuh ramai orang Islam Afghanistan dan Iraq. Serta jenayah perang lain lain di berbagai negara.
China- Nak ambik kawasan ZEE Sarawak milik Malaysia jadi milik dia. Pemusnahan Etnik Uyghur Islam di Xinjiang.
Rusia- Membunuh dan Menzalimi ramai Kaum Tatar Islam di Crimea dan Kaum Chechnya Islam di Rusia. Menyokong Presiden Bashar Assad Membunuh ramai rakyat Sunni Syria. Membunuh 43 rakyat Malaysia dalam Kes MH17.
Sebab tu dalam menilai Geopolitik ni kan. Bersederhana dalam menyokong.
Hanya kerana US buat hal bangang dekat Gaza. Tak semestinya kita kena over gila Sokong China atau Rusia. Diorang ada dosa diorang. US ada bangang dia. China ada Bangang dia Rusia ada bangang dia. Cuma US ni dia lebih bangang sebab dia sokong benda jahat yang memang terang terangan berlaku di mata dunia.
Setiap apa yang dilakukan Malaysia ada kepentingannya. Kita tak boleh menumbuk tapi kita boleh mengatur langkah
Kita tak boleh lawan mereka secara berhadapan. Tapi akan ada kepentingan bersama di mana kita boleh bergantung kepada salah satu dari 3 kuasa besar ini untuk kepentingan Malaysia. Kalau US buat hal. Kita ada China. Kalau China buat hal kita ada US. Kalau China dan US buat hal kita ada Rusia.
Senang cerita Malaysia Negara Kecik kena pandai main 3 Kolam
Malaysia kena Kuatkan Ekonomi dan Teknologi. InsyaAllah suatu masa kita boleh lakukan lebih dari apa kita lakukan sekarang. Tapi buat masa skrg. Kita lakukan apa yang termampu
Satu perkara yang kita tak boleh nafi kehebatan DSAI adalah bagaimana beliau meletakkan dirinya, Malaysia dan Asean sendiri di peta dunia.
ASEAN ke-47 akan menjadi ingatan kepada semua dan akan dianggap antara penganjuran terbaik setakat ini.
Bak kata @AymanRashdanW, kita ada dua pilihan:
1. Layan dia macam penjenayah perang. Turun kapal terbang je, kita bagi layanan ala kadar. Tak ada karpet merah bagai.
2. Kita buat macam cara kita sambut ketua negara.
Kita kecam Amerika dalam isu Gaza, tapi kita masih ada hubungan diplomatik.
Bentang karpet merah sebahagian daripada protokol menyambut ketua negara asing.
Kalau kita buat cara pertama, kita dapat tonjolkan pendirian kita. Negara lain dan media asing mungkin puji kita untuk beberapa hari.
Tapi kesannya, Trump bad mood dari pagi sampai malam. Trump seorang yg ego. Orang ego tak rasa diri bersalah. Tegur macam mana pun, dia akan rasa orang nak jatuhkan dia, nak rosakkan hidup dia.
Macam-macam cara dia boleh "hukum" Malaysia, malah ASEAN sekali.
Dan adakah negara asing akan tolong kita masa tu?
Kita mungkin rasa puas sebab dapat tonjolkan pendirian, tapi adakah nasib rakyat Gaza akan berubah? Adakah kita dapat persetujuan negara ASEAN lain untuk buat benda itu?
Kalau kita sambut cara kedua, kita buat Trump gembira walaupun tak berprinsip bagi sesetengah orang. Malaysia dan ASEAN nampak cantik di mata dia.
Tak jamin dapat pelbagai manfaat. Tapi paling tidak takkan dapat layanan tak munasabah.
Semua orang tak suka Trump. Tapi kena fikir kepentingan yg lebih besar.
Masa tahun 2012, anak Dr. Ko (Pakar Penyakit Kulit) meninggal dunia jatuh bangunan sebab patah hati dari hubungan percintaan.
Ketika ditemuduga, Dr. Ko pesan,
"My advice to parents is to spend more time with your children. Do not pamper them too much by giving them all they want. Otherwise they may not be able to take rejection, as there are some things that money can’t buy."
Yang orang duk mengamuk ni dah kenapa?. Siap pertikai undang undang mana ni. Ni sama ada anda tak baca Perlembagaan Persekutuan atau anda mengamuk tak tentu pasal
Tunjukkan Belanjawan kepada YDPA adalah sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia lah
Amalan ni dah dibuat sejak dulu lagi. Zaman Najib buat, Zaman Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri pun sama
YDPA berhak tahu urusan kerajaan di bawah Perkara 40 Perlembagaan Malaysia dan kena memberi perkenan untuk belanjawan Malaysia di bawah Perkara 99 Perlembagaan Persekutuan
Dalam bab diplomatik. Jangan pandang rendah panggilan telefon. Dia bukan call macam kita call member member ajak lepak mamak
Setiap panggilan telefon tu penting dan ia hal rasmi dan sangat penting. Kalau hang bluetick ke tak angkat call ke. Benda tu boleh jejaskan hubungan dua negara. Cara hang cakap waktu call tu pun penting.
Plus kita hubungi negara sahabat yang baik dengan kita. Türkiye, Qatar, Mesir, Jordan, Arab Saudi dan US. Semua kita ada hubungan baik
Sebab tu hubungan diplomatik kita kena jaga dan cuba baik dengan semua negara. Sebab Untuk situasi kritikal macam ni
Semua orang tahu Malaysia power diplomasi tapi tak ramai faham bagaimana Malaysia boleh dapat status itu. Tapi tak mengapa misi ini juga mula didik rakyat Malaysia untuk belajar camana diplomasi berjalan
اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، سَرِيعَ الحِسَابِ، اللَّهُمَّ اهْزِمِ الأحْزَابَ، اللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وزَلْزِلْهُمْ
Ya Allah, Yang menurunkan Al-Qur’an, Yang pantas perhitungannya; Ya Allah, hancurkanlah pasukan musuh; Ya Allah, hancurkanlah mereka dan goncangkanlah mereka.
#globalsumudflotilla
#sumudnusantara
#stand4sumud
Gelandangan ni kau bagilah rumah, diorang tetap keluar tidur tepi jalan. Kau bagilah kerja, esok lusa dia berhenti dan kembali ke kaki lima. Bukan semua, tapi most of them sebenarnya pemalas, dan hidup cuma nak duit free dari orang.
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM
okay at first i was taking a 💩 , my toilet is jamban duduk. rumah taman ye bukan rumah dekat kampung. i finished my business then i decided to stay a bit longer cz my stomach still hurts.
i was playing ml lah sia 😭😭 while taking a 💩 then i felt something bit me hard, it has a lot of teeths and sharper than razors. it bit me on my inner thigh. dia gigit tu bebetul kuat like benamkan gigi tu.
my survival instinct kicks in la i just grabbed its mouth, dahlah tajam mulut dia banyak gigi, thats why my fingers pun banyak luka sampai lebam and biru 😭😭😭😭 i didnt know it was a huge ass ular sawa that i was grabbing tau memula until it let go of my fingers and thigh. ular tu datang daripada dalam lubang jamban.
i dah berdarah taktau nak kata sampai basah lantai i dengan darah, i jerit but i didnt cry, my dad came and pulled me out of toilet. tapi i sempat tengok belakang and ular tu besar gila bapak. and huge. about 1 meter long, or even longer. then it slids back into the lubang jamban. taksempat tangkap
Best jadi wanita
Nak masuk syurga dari mana mana pintu hanya perlu 4 perkara
Solat 5 Waktu Sehari Semalam, Puasa di Bulan Ramadan, Mentaati Suami dan Menjaga Maruah Diri
Daripada Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga harga dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya).” (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad)
(Riwayat Imam Ahmad dengan Anas R.a sebagai perawi)