Semakin saya faham kehidupan dan kewangan, semakin saya fikir adalah sebuah keperluan yang mendesak untuk saya ada cash enam angka di tangan dan deploy it intelligently.
• Kurangkan komitmen hidup
• Langsaikan hutang secepat mungkin
• Stay rational and avoid big mistake
this is f*cking gold
How to build your first AI agent (Full guide)
if I had this a year ago, I would've shipped my first app in a day instead of 2 weeks
in the right hands, this changes everything:
Tanpa perniagaan yang berkembang pesat dan perlumbaan, tidak akan terhasil inovasi-inovasi teknologi yang mana pada akhirnya memberi nilai tambah kepada keseluruhan umat manusia.
Jika semua manusia memfokuskan diri kepada Tuhan, akan jadi masalah sebab siapa yang nak pacu teknologi dan inovasi?
Teknologi dan inovasi tidak secara automatik berkembang.
Dari sudut peribadi, mungkin kuat agama sehingga tak berlumba-lumba dalam perniagaan adalah sebuah idea yang baik.
Tapi pada skala makro, persaingan dan ketamakan lah yang mencipta kapal terbang, internet, AI dll.
Ya, ketamakan ada buruknya seperti berlaku perang dan krisis ekonomi tapi kalau tengok keadaan dunia dari 1900 sampai hari ni, semua perkara baik atau buruk ini lah yang membuatkan keseluruhan hidup kita semakin baik tanpa sedar.
Aku perasan semakin lama, semakin ramai orang Islam sendiri terperangkap dalam perlumbaan dunia yang seolah-olah tiada penghujungnya.
Bila nampak orang berniaga kecil-kecilan, soalan yang keluar bukan lagi tentang keberkatan, ketenangan, atau kecukupan hidup.
Sebaliknya:
"Bila nak grow?"
"Bila nak scale up?"
"Bila nak leverage?"
Seolah-olah setiap perniagaan wajib berkembang tanpa henti, setiap keuntungan mesti dimaksimumkan, dan setiap individu perlu sentiasa mengejar tahap seterusnya.
Hakikatnya, cara berfikir seperti ini sangat mudah dipengaruhi oleh paradigma ekonomi yang dibina atas hutang, riba', dan obsesi terhadap pertumbuhan tanpa batas. Akhirnya, nilai seseorang mula diukur berdasarkan kadar pertumbuhan harta, bukan kadar pertumbuhan iman dan taqwa.
Tidak bolehkah kita menerima bahawa setiap manusia mempunyai rezeki yang telah ditentukan Allah, sama ada sedikit atau banyak?
Tidak bolehkah kita memupuk sifat qana'ah, merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan, tanpa terus melabel orang lain sebagai malas, tidak bercita-cita tinggi, atau kurang "growth mindset"?
Sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda yang mafhumnya:
"Barangsiapa yang bangun pagi dalam keadaan aman pada dirinya, sihat tubuh badannya, dan mempunyai makanan untuk hari tersebut, maka seolah-olah telah dihimpunkan baginya dunia dan segala isinya."
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Perhatikan bagaimana Rasulullah SAW mendefinisikan kekayaan. Bukan dengan syarikat bernilai jutaan. Bukan dengan aset yang sentiasa bertambah. Bukan dengan kadar pertumbuhan tahunan yang memukau.
Sebaliknya, aman, sihat, dan mempunyai makanan yang mencukupi untuk hari itu pun sudah dianggap seakan-akan memiliki dunia seluruhnya.
Namun hari ini, ramai yang memiliki jauh lebih banyak daripada itu tetapi tetap hidup dalam keresahan. Sentiasa merasa tidak cukup. Sentiasa mengejar angka seterusnya. Sentiasa melihat apa yang ada di tangan orang lain.
Ironinya, ramai yang begitu obses untuk berkembang dalam urusan dunia sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Namun dalam urusan tauhid, ilmu agama, akhlak, ibadah, dan usaha untuk menghidupkan Islam dalam kehidupan seharian, semangat "growth" yang sama hampir tidak kelihatan.
Mungkin masalah sebenar bukanlah kurang harta.
Mungkin masalah sebenar ialah hati yang tidak pernah belajar untuk merasa cukup.
Kerana seorang yang menjadi hamba kepada nafsunya tidak akan pernah menemui titik kepuasan. Berapa pun yang dimiliki hari ini, pasti akan terasa kurang esok.
Sedangkan antara kekayaan terbesar yang diajar oleh Islam bukanlah memiliki lebih banyak, tetapi kemampuan untuk merasa cukup dengan apa yang Allah telah berikan.
Qana'ah bukan alasan untuk malas. Tetapi ia adalah penawar kepada ketamakan yang tidak berpenghujung.