Perbandingan dalam hal ini sebenarnya macam ini..
Tapi sebelum aku teruskan, kedai sarapan ni antara kedai sarapan yang bagi penutup cawan kat setiap air yang dia buat. Bagus sebab menutup pintu mudarat daripada lalat masuk.
Okay kita teruskan cerita tentang perbandingan tadi.
Anologinya dalam sebuah daerah bernama Sheeplebebal ni hanya ada 1 sumber utama makanan iaitu babi. Entah macam mana jadinya pun aku tak tahu tapi keadaan dia begitu lah. Sumber makanan lain memang takde dah, hanya babi yang ada.
Dan yang supply babi ni ada 2 orang.
Penjual A, jual babi sekilo RM50. Dan dia letak logo HARAM.
Penjual B, jual babi sekilo RM80. Pakai jubah pakai kopiah, Dan dia letak logo HALAL.
Asas hukumnya, babi ni HARAM, bila dalam keadaan darurat, makan sikit buat alas perut sahaja.
Sesetengah orang Islam pergi ke penjual A, beli lah bare minimum untuk survive, sebab yelah Haram kan. Makan sekadarnya untuk survive darurat.
Mereka sedar benda tu tetap Haram maka mereka mintalah keampunan Allah & minta jalan keluar daripada darurat tu sambil berusaha mencari sumber makanan Halal yang lain, bila nak jumpa tu tak tahu.
Sesetengah orang Islam pula pergi ke penjual B. Yelah ada logo HALAL. Dan penjual B ada pekerja (penasihat) tambahan, imam besar daerah Sheeplebebal, graduan agama daripada unibesiti di Timur Tengah. Setiap kilo terjual, imam besar tu dapatlah commision RM20 sebagai upah penasihat. Penjual B kata babi yang dia jual ni dah disahkan HALAL oleh imam besar tu, boleh dimakan tanpa was-was.
Maka sesetengah orang Islam yang beli di penjual B ni pun belilah sorang 5kg buat stok simpanan kat rumah. Yelah benda pun dah HALAL, buat apa makan sekadarnya, makanlah kasi kenyang. Dosa pun kalau ada akan ditanggung oleh imam besar Sheeplebebal tu sebab dia yang bagi endorsement babi penjual B ni HALAL. Tapi takkan lah dosa, benda pun dah HALAL.
Ada seorang pemuda bernama haziqmahmur30an di daerah Sheeplebebal yang baru balik daripada Lenggeng bawa baka Ayam Lepas Lenggeng ke daerah Sheeplebebal tu. Alhamdulillah sekarang dah ada makanan HALAL buat penduduk situ. Maka kebanyakan orang Islam yang sebelum ni membeli di penjual A tadi berhenti membeli babi di situ & start beli Ayam Lepas Lenggeng. Adalah segelintir yang masih beli di penjual A tapi mereka buat pun sembunyi sembunyi.
Tapi kebanyakan orang Islam yang membeli di penjual B masih membeli di situ sebab yelah babi tu HALAL. Ada segelintir yang dah sedar berhenti lah membeli di situ & mula membeli Ayam Lepas Lenggeng yang confirm HALAL lagi bersih.
Ada seorang pemuda bernama Jimushang Jibeng bertanya kepada penjual B & Imam Besar Sheeplebebal tu kenapa masih jual babi HALAL tu? Mereka kata babi HALAL ni belum sempurna jadi mereka sedang tambah baik babi HALAL ni. Jimushang Jibeng mendidih dengar jawapan tu lalu memaki penjual B & Imam Besar itu.
Rentetan daripada kes itu, ramai pembeli setia daripada penjual B & Imam Besar Sheeplebebal mengkritik sikap Jimushang Jibeng yang biadab & kurang ajar terhadap Imam Besar Sheeplebebal. Mereka kata kalau macam ni lah sikap orang yang anti kepada babi HALAL ni, macam mana lah kami ni nak dengar pandangan mereka. Lalu mereka sambung membedal babi HALAL tersebut.
Begitulah cerita di daerah Sheeplebebal.
This Chinese sailor survived 133 days lost at sea.
His survival techniques were so impressive that:
• The King awarded him the British Empire Medal
• The Royal Navy rewrote their manual
• Congress made a special exception for his citizenship
Here's his unbelievable story: