Selesai sudah Mesyuarat Jemaah Menteri yang terakhir buat saya hari ini. Walaupun tugas sebagai Senator bakal berakhir, semangat dan fokus untuk terus menyumbang kepada negara tidak pernah padam! 👋
Perjalanan sebagai sebahagian daripada Jemaah Menteri adalah pengalaman yang amat bermakna. Terima kasih atas kerjasama erat daripada YAB Perdana Menteri dan rakan-rakan Menteri yang lain. Saya bangga dengan setiap pencapaian yang telah kita realisasikan bersama. Semoga persahabatan ini kekal utuh. Insya-Allah, kita akan terus berjuang demi kemakmuran rakyat dan Malaysia yang lebih sejahtera! 💪🇲🇾
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja
Seluruh umat Islam di Malaysia berduka menerima perkhabaran kemangkatan Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi. Kita kehilangan seorang ulama besar yang cakna denga ilmu dan hikmah yang telah banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.
Mewakili rakyat Malaysia, saya menzahirkan simpati dan takziah buat seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia yang pastinya menangisi pemergian besar ini.
Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama para anbiya’ dan solihin.
Al-Fatihah.
Mohd Chan Abdullah, founder of the popular halal Chinese restaurant chain Restoran Mohd Chan, has been laid to rest today at Bukit Kiara 2.
He passed away last night at the age of 72.
Known for serving halal Cantonese cuisine and operating 18 branches mainly in the Klang Valley, he also served as an Honorary Officer of the Federal Territories Civil Defence Force.