Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga tahun baharu ini menjadi pemangkin berterusan sinergi kesepaduan JKR Malaysia sebagai peneraju perkhidmatan teknikal negara, dalam usaha memberikan penyampaian perkhidmatan berkualiti, berdaya tahan dan berintegriti demi kesejahteraan serta kemajuan negara seiring dengan nilai Malaysia MADANI.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
Sinergi kepimpinan adalah gabungan konsep kerjasama dan penyatuan tenaga kepimpinan dalam JKR untuk mencapai matlamat organisasi secara berkesan, cekap dan berintegriti. Kejayaan jabatan tidak bergantung kepada kebolehan individu semata-mata, tetapi merupakan hasil perpaduan kekuatan, kepakaran dan nilai kepimpinan di semua peringkat
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
Kupasan Intipati Majlis Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM & Amanat Tahun 2026 oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, @AlexNantaLinggi .
YB Menteri turut memaklumkan, Kementerian Kerja Raya diberi penekanan khusus sebagai antara kementerian utama yang menjadi pemacu kepada pemulihan dan pembangunan negara.
JKR Malaysia sentiasa komited untuk bersama-sama KKR dalam usaha merealisasikan agenda pembangunan negara melalui penyampaian infrastruktur yang berkualiti, mampan dan berdaya saing.
Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari serta Amanat Tahun 2026.
Ikuti siaran langsung melalui Facebook Jabatan Perdana Menteri.